NADIxCybersecurity: Webinar Cara Menangani Ancaman Serangan Siber
7 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 6 Februari 2026, NADIxCybersecurity: Webinar On Demand - Cara Menangani Ancaman Serangan Siber telah diadakan di NADI Kg Jerijeh. Webinar ini merupakan inisiatif kerjasama antara NADI dan Cybersecurity Malaysia di bawah program Lifelong Learning. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang ancaman siber dengan memberi pendedahan mengenai jenis serangan siber seperti phishing, malware dan hacking. Webinar ini berlangsung sekitar jam 3.00 petang sehingga 4.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: